PENGENALAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

LATAR BELAKANG







Kolej Komuniti merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan satu Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sepuluh buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001.





MOTO KOLEJ KOMUNITI

Satu Pendekatan dan Latihan Bersepadu.





Tuesday, April 20, 2010

Visi Kolej Komuniti

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, beraklak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Misi Kolej Komuniti

Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.
Objektif Kolej Komuniti
Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :
- Menganjurkan dan mewujudkan laluan alternative kepada lepasan menengah
- Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan ( K-Community)
- Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat
- Menyediakan rangkaian strategic (strategic networking) untuk memperkukuhkan aktiviti sosio-ekonomi dikalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholders)
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkab komuniti

1 comment:

  1. Perkhidmatan Melukis 2D & 3D menggunakan AUTOCAD, CATIA V5, SOLIDWORKS, AUTODESK INVENTOR

    Lukisan yang siap akan di e-mail melalui format .(Dwg,CATpart,ipt) cepat dan mudah berurusan melalui e-mail sahaja.

    Kami juga menyediakan plan untuk Renovation Rumah dan tawaran istimewa kepada anda. Kawasan kami sediakan di shah alam, puchong, Petaling jaya dan sekitar lembah klang. Bagi luar kawasan, kami juga menyediakan perkhidmatan, akan tetapi menerusi email dan hubungi telefon sahaja.

    Kepada syarikat @ individu dan pelajar universiti yang berminat mendapatkan perkhidmatan sila hantarkan ke e-mail berikut:-

    Email : mycadcae@yahoo.com
    mycadcaexs@gmail.com
    Skype :
    ID YM : mycadcae
    Blog : http://myblognikwell.blogspot.com
    Twitter : http://twitter.com/mycadnik_forum

    ReplyDelete